Tuesday, April 19, 2011

Apabila seronok bertukar sakit (Utusan Malaysia Online)


ARKIB : 23/01/2011


Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

Ketika Johari, 24 menempuh alam remaja, sukan futsal mula meniti di bibir dan popular. Pada mulanya, dia tidak berminat untuk mencubanya sehinggalah pada suatu hari, seorang rakan mengajaknya untuk bermain.

Walaupun banyak kali mengalami kecederaan sama ada di lutut atau di buku lali semasa bermain bola sepak dahulu, dia tidak pernah berhasrat untuk berhenti bermain bola sepak.

Anak bongsu daripada tiga adik beradik itu kini bergiat aktif pula dalam sukan futsal yang semakin popular. Dia melihat sukan yang berasal dari Uruguay itu kian mendapat tempat di hati generasi muda untuk kecergasan badan dan mengisi masa senggang.

Bagi Johari, sukan futsal mempunyai kelebihan tertentu kerana ia lebih selamat dan boleh dimain tidak kira masa dan tempat.

Lebih-lebih lagi, gelanggangnya juga diperbuat daripada rumput sintetik, lantai parket atau simen yang boleh menyerap lantunan.

Anak muda ini beranggapan sukan ini menyeronokkan walaupun memerlukan ketangkasan bermain dalam ruang gelanggang terhad.

Mungkin Johari antara peminat dan pemain futsal yang tidak menyedari kecederaan lama mungkin berulang jika dia tidak berhati-hati bermain futsal.

Di sebalik peningkatan penglibatan masyarakat dalam sukan ini, terdapat juga peningkatan bilangan pemain mengalami kecederaan berkaitan sukan futsal.

Kecederaan akibat futsal

Menurut Pakar Perunding Ortopedik/Trauma, Artroskopi dan Kecederaan Sukan, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Petaling Jaya, Selangor, Dr. Bazam Abdul Rani, kecederaan akibat bersukan biasanya melibatkan dua jenis kecederaan.

Yang pertama, kecederaan akibat persentuhan badan seperti pelanggaran dan pertembungan. Kecederaan yang kedua melibatkan bukan persentuhan badan seperti paha, sendi buku lali, sendi lutut, kepala, leher dan lengan.

Tambah Dr. Bazam, kebanyakan kecederaan yang dialami adalah ringan sahaja seperti kekoyakan ligamen buku lali yang separa (partial tear), abrasi, luka yang tidak dalam dan lebam.

Kecederaan serius yang boleh dialami mungkin melibatkan kepatahan tulang, sendi lutut dan buku lali terkehel, tulang yang patah, kekoyakan ligamen lutut yang mengakibatkan ketidakstabilan sendi.

Faktor kecederaan

Bagi Dr. Bazam, sukan futsal mempunyai kebaikan dan keseronokan tersendiri tetapi bahaya untuk pemain.

“Futsal berbahaya kepada pemain kerana ia berbeza daripada perlawanan bola sepak yang mempunyai undang-undang yang lengkap. Pemain futsal juga mudah melakukan aktiviti dan perbuatan kasar seperti menggelongsor dan menghalang kaki lawan. Selain itu, pemain mengawal bola lebih kasar berbanding perlawanan bola sepak biasa. Kecederaan mungkin dapat dikurangkan sekiranya undang-undang futsal tidak membenarkan sentuhan fizikal antara pemain secara berlebihan,” ujar beliau.

Dr. Bazam menjelaskan, keadaan padang permainan futsal juga boleh menyebabkan kecederaan kepada pemain. Saiz padang yang kecil dengan aksi permainan futsal yang pantas menyebabkan pemain hilang kawalan.

Padang tiruan daripada getah atau permukaan yang kasar dan melekat tidak mengehadkan pergerakan pemain dan mudah terseliuh. Apabila pemain jatuh di atas permukaan tiruan yang licin, mereka tidak sempat mengawal pergerakan badan apabila terjatuh.

Dalam pada itu, saiz kumpulan pemain futsal yang kecil dengan tempoh masa bermain yang panjang mengurangkan stamina pemain tersebut. Ini menyebabkan mereka cepat berasa letih dan hilang kawalan pergerakan badan.

Sebagai pemain, memakai kasut tanpa merujuk jenis padang permainan boleh menjadi faktor kecederaan.

Umum sedia maklum, futsal merupakan permainan dan hiburan hujung minggu. Jika seseorang pemain tidak menyiapkan diri dari segi ketahanan fizikal, mereka mudah cedera.

“Jika pemain tidak melengkapkan diri, otot dan stamina mereka belum cukup kuat digunakan untuk bermain futsal. Tanpa rehat yang cukup mustahil mereka mampu berdepan dengan perlawanan yang agresif dan cepat seperti futsal. Pemain yang tidak melakukan senaman ringan sebelum memulakan perlawanan juga berdepan dengan risiko kecederaan lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak berpakaian sukan futsal yang lengkap,” katanya.

Menurut Dr. Bazam lagi, ramai pemain yang cedera mempunyai sejarah kecederaan akibat permainan sukan yang mereka ceburi sebelum ini. Kecederaan berulang ini menjadi risiko yang paling lazim dan tinggi.

Saturday, April 9, 2011

Good Job Buntai FC...


Taniah..taniah...taniah...walaupom dapat tempat ke 4....tp semalam sememangnyer satu hari yg paling manis bt Buntai FC setelah sekian lama x melayakkan diri ke 4 pasukan terbaik...dengan 32 pasukan yg berentap untuk kejohanan anjuran Rakan Muda 2011....diundi berada dalam group E...menang 2 game..seri 1 game...mengungguli liga dengan 7 mata..melayakkan diri ke pusingan kedua....Buntai FC terus mempamerkan aksi cemerlang setelah ketinggalan 1-0...untuk menang 2-1....pada peringkat suku akhir Buntai FC menang dengan 2-0........pada pusingan separuh akhir...keputusan seri perolehi..namun Buntai Fc tewas pada sepakan penalti....di penentuan tempat ketiga..Buntai Fc menentang team international...setelah mendahului 1-0...akhirnya Buntai FC tewas juga dengan keputusan 3-1....apa2 pun..taniah buat Buntai FC..walaupun kalah...tidak bermakna kalah selamanya....












Saturday, February 12, 2011

New Face...

Buntai Fc untuk 2011 akan berwajah baru....nantikan.................^_^

Tuesday, August 10, 2010

Jersi kedua Buntai FC...???

Buntai FC tewas.....

Buntai FC terpaksa menerima hakikat bahawasanya kekalahan pada peringkat pusingan kedua di terbuka HEP...setelah menang 4 perlawanan dan seri 1 perlawanan di peringkat kumpulan...akhirnya tewas di peringkat seterusnya iaitu peringkat kedua...tertewas 1-0 ditangan Mas Joko FC walaupun berjaya menjaringkan gol pada minit terakhir tetapi dinafikan golnyer oleh pengadil...keputusan dibantah tetapi pengadil telah membuat keputusannya...ramai penyokong setia Buntai FC juga membantah...tetapi tiada nasib untuk Buntai FC kali ini...keputusan telah dibuat...so terimalah...target untuk layak sekurang-kurangnya ke separuh akhir terkubur begitu sahaja..apa pun taniah buat Buntai FC yg telah bermain dengan cemerlang...~~~

























Tuesday, March 23, 2010

Dulu & Kini...

BUNTAI FC 2005 - 2007

ATAS : JIMMY, POK CEK, POK JAT, POK WA, AYUB
BAWAH : CHE MAT, PA'ANG, NASA, DUE

BUNTAI FC 2008 - 2010

ATAS : ADAM, NAPI, PA'ANG
BAWAH : NASA, AYUB, SUKI

ATAS : SUKI, NAPI, PA'ANG, POK WA
BAWAH : CHIPT, AYUB, NASA


Saturday, March 20, 2010

Sejarah Penubuhan Buntai FC

Sudah lama aku tidak ambil kisah pasal blog nie..heee..sori...bz teramat sangat..ape2 hal pom hari ini aku akan ceritakan sedikit tentang sejarah penubuhan Buntai FC nie...

Buntai FC telah ditubuhkan pada tahun 2005.Skuad asal terdiri dari 9 pemain iaitu aku sendiri(Pa'Ang),Ayub,Mat Le,Nasa,Pok Wa,Che Mat,Pok check,Jimmy dan Due.Penubuhan team nie sememangnya dirancang untuk menjadi sebuah team futsal yang digeruni.Pelbagai kejohanan telah disertai dan beberapa siri jelajah telah diharungi.Sehingga ke hari team ini masih wujud dengan beberapa muka baru telah menyertai team ini.Antaranya Chipt,Suki,Adam dan Epy.Semoga Buntai Fc akan kekal untuk terus berjuang untuk mencapai hasrat dan cita-cita....Good Luck Buntai FC..

Buntai FC(2005-2007)

Sunday, January 24, 2010

Gambar Masa FKAAS Open










Tempat Ketiga Untuk Buntai FC

Taniah Buntai FC kerana telah melepasi sasaran awal untuk layak ke semi final untuk kejohanan futsal tertutup FKAAS.Walaupun tewas di semi final tetapi telah menang di penentuan tempat ketiga dengan menewaskan Bolos FC dengan penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 setelah tamat masa.Apa pun taniah jugak untuk pasukan Liuk Lipat FC dan D'wangka FC yang telah layak ke final.Sekali lagi taniah untuk semua pasukan yang bertanding dan taniah kepada pihak pengajur kerana telah berjaya menganjurkan karnival sukan FKAAS dengan jaya.

KEDUDUKAN FUTSAL LELAKI

1. Liuk Lipat FC

2. D'wangka FC

3. Buntai FC

4. Bolos FC

Saturday, January 23, 2010

FUTSAL KEMBARA

RESULT TERTUTUP FKAAS...

PERINGKAT KUMPULAN

BUNTAI FC 3 0 WAT SEDAK FC


BUNTAI FC 0 0 BOLOS FC


BUNTAI FC 3 1 KELUH KESAH FC


BUNTAI FC 3 0 SELIPA KUAT FC


SUKU AKHIR

BUNTAI FC 5 0 COPA FC


SEPARUH AKHIR

BUNTAI FC 1 3 LIUK LIPAT


PENENTUAN TEMPAT KE 3 DAN KE 4

BUNTAI FC 1 1 BOLOS FC
(MENANG PENALTI 2-1)

Friday, January 22, 2010

Futsal FKAAS Ditangguh...

Futsal anjuran FKAAS ditangguh kerana berkabung diatas kemangkatan Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor petang ini.Jadi sama-samalah kite sedekahkan al-fatihah untuk Almarhum.Al-Fatihah.....

Jadual perlawanan utk terbuka FKAAS...

BUNTAI FC VS WAT SEDAK FC

BUNTAI FC VS BOLOS FC

BUNTAI FC VS KELUH KESAH FC

BUNTAI FC VS SELIPA KUAT FC

Futsal Midnite...

Thursday, January 21, 2010

Buntai FC sasar semi final...!!!

Buntai FC telah meletakkan sasaran untuk layak sekurang-kurangnya separuh akhir bagi kejohanan futsal terbuka FKAAS.Dengan prestasi yang ada buat masa sekarang sasaran ini dijangka akan tercapai.Cuma perlu sedikit fokus yang lebih daripada para pemain serta stamina yang cukup untuk mencapai sasaran ini.Dikatakan pasukan lain yang turut menyertai kejohanan ini mempunyai kelas tersendiri dan mampu untuk muncul sebagai juara kejohanan ini...Apa pun selamat berjaya untuk Buntai FC...aja-aja fighting..

Jersi baru Buntai FC....=)




Akhirnya Buntai FC mempunyai jersinya sendiri setelah sekian lama membuat kata putus dalam pemilihan jersi....=)