Tuesday, April 19, 2011

Apabila seronok bertukar sakit (Utusan Malaysia Online)


ARKIB : 23/01/2011


Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

Ketika Johari, 24 menempuh alam remaja, sukan futsal mula meniti di bibir dan popular. Pada mulanya, dia tidak berminat untuk mencubanya sehinggalah pada suatu hari, seorang rakan mengajaknya untuk bermain.

Walaupun banyak kali mengalami kecederaan sama ada di lutut atau di buku lali semasa bermain bola sepak dahulu, dia tidak pernah berhasrat untuk berhenti bermain bola sepak.

Anak bongsu daripada tiga adik beradik itu kini bergiat aktif pula dalam sukan futsal yang semakin popular. Dia melihat sukan yang berasal dari Uruguay itu kian mendapat tempat di hati generasi muda untuk kecergasan badan dan mengisi masa senggang.

Bagi Johari, sukan futsal mempunyai kelebihan tertentu kerana ia lebih selamat dan boleh dimain tidak kira masa dan tempat.

Lebih-lebih lagi, gelanggangnya juga diperbuat daripada rumput sintetik, lantai parket atau simen yang boleh menyerap lantunan.

Anak muda ini beranggapan sukan ini menyeronokkan walaupun memerlukan ketangkasan bermain dalam ruang gelanggang terhad.

Mungkin Johari antara peminat dan pemain futsal yang tidak menyedari kecederaan lama mungkin berulang jika dia tidak berhati-hati bermain futsal.

Di sebalik peningkatan penglibatan masyarakat dalam sukan ini, terdapat juga peningkatan bilangan pemain mengalami kecederaan berkaitan sukan futsal.

Kecederaan akibat futsal

Menurut Pakar Perunding Ortopedik/Trauma, Artroskopi dan Kecederaan Sukan, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Petaling Jaya, Selangor, Dr. Bazam Abdul Rani, kecederaan akibat bersukan biasanya melibatkan dua jenis kecederaan.

Yang pertama, kecederaan akibat persentuhan badan seperti pelanggaran dan pertembungan. Kecederaan yang kedua melibatkan bukan persentuhan badan seperti paha, sendi buku lali, sendi lutut, kepala, leher dan lengan.

Tambah Dr. Bazam, kebanyakan kecederaan yang dialami adalah ringan sahaja seperti kekoyakan ligamen buku lali yang separa (partial tear), abrasi, luka yang tidak dalam dan lebam.

Kecederaan serius yang boleh dialami mungkin melibatkan kepatahan tulang, sendi lutut dan buku lali terkehel, tulang yang patah, kekoyakan ligamen lutut yang mengakibatkan ketidakstabilan sendi.

Faktor kecederaan

Bagi Dr. Bazam, sukan futsal mempunyai kebaikan dan keseronokan tersendiri tetapi bahaya untuk pemain.

“Futsal berbahaya kepada pemain kerana ia berbeza daripada perlawanan bola sepak yang mempunyai undang-undang yang lengkap. Pemain futsal juga mudah melakukan aktiviti dan perbuatan kasar seperti menggelongsor dan menghalang kaki lawan. Selain itu, pemain mengawal bola lebih kasar berbanding perlawanan bola sepak biasa. Kecederaan mungkin dapat dikurangkan sekiranya undang-undang futsal tidak membenarkan sentuhan fizikal antara pemain secara berlebihan,” ujar beliau.

Dr. Bazam menjelaskan, keadaan padang permainan futsal juga boleh menyebabkan kecederaan kepada pemain. Saiz padang yang kecil dengan aksi permainan futsal yang pantas menyebabkan pemain hilang kawalan.

Padang tiruan daripada getah atau permukaan yang kasar dan melekat tidak mengehadkan pergerakan pemain dan mudah terseliuh. Apabila pemain jatuh di atas permukaan tiruan yang licin, mereka tidak sempat mengawal pergerakan badan apabila terjatuh.

Dalam pada itu, saiz kumpulan pemain futsal yang kecil dengan tempoh masa bermain yang panjang mengurangkan stamina pemain tersebut. Ini menyebabkan mereka cepat berasa letih dan hilang kawalan pergerakan badan.

Sebagai pemain, memakai kasut tanpa merujuk jenis padang permainan boleh menjadi faktor kecederaan.

Umum sedia maklum, futsal merupakan permainan dan hiburan hujung minggu. Jika seseorang pemain tidak menyiapkan diri dari segi ketahanan fizikal, mereka mudah cedera.

“Jika pemain tidak melengkapkan diri, otot dan stamina mereka belum cukup kuat digunakan untuk bermain futsal. Tanpa rehat yang cukup mustahil mereka mampu berdepan dengan perlawanan yang agresif dan cepat seperti futsal. Pemain yang tidak melakukan senaman ringan sebelum memulakan perlawanan juga berdepan dengan risiko kecederaan lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak berpakaian sukan futsal yang lengkap,” katanya.

Menurut Dr. Bazam lagi, ramai pemain yang cedera mempunyai sejarah kecederaan akibat permainan sukan yang mereka ceburi sebelum ini. Kecederaan berulang ini menjadi risiko yang paling lazim dan tinggi.

Saturday, April 9, 2011

Good Job Buntai FC...


Taniah..taniah...taniah...walaupom dapat tempat ke 4....tp semalam sememangnyer satu hari yg paling manis bt Buntai FC setelah sekian lama x melayakkan diri ke 4 pasukan terbaik...dengan 32 pasukan yg berentap untuk kejohanan anjuran Rakan Muda 2011....diundi berada dalam group E...menang 2 game..seri 1 game...mengungguli liga dengan 7 mata..melayakkan diri ke pusingan kedua....Buntai FC terus mempamerkan aksi cemerlang setelah ketinggalan 1-0...untuk menang 2-1....pada peringkat suku akhir Buntai FC menang dengan 2-0........pada pusingan separuh akhir...keputusan seri perolehi..namun Buntai Fc tewas pada sepakan penalti....di penentuan tempat ketiga..Buntai Fc menentang team international...setelah mendahului 1-0...akhirnya Buntai FC tewas juga dengan keputusan 3-1....apa2 pun..taniah buat Buntai FC..walaupun kalah...tidak bermakna kalah selamanya....